Dasar Pengurusan

DASAR PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH 2016

 

1.         PANDUAN AM

1.1.     Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.

1.2.          Dasar PengurusanGuru dan staf  sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain.

1.3.         Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan / mata pencarian semata-mata.

1.4.         Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang.

1.5.         Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan.

1.6.         Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas.

1.7.         Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.

1.8.         Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.

 

2.             KEDATANGAN

2.1.         Jadual waktu mengajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah.

2.2.         Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah selewatnya 7.20 pagi dan menulis kehadiran / merakam kad kehadiran.

2.3.         Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang sewajarnya.  Guru mestilah memberitahu pihak sekolah secepat mungkin.

2.4.         Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan.

 

3.             KELUAR SEKOLAH PADA  WAKTU MENGAJAR

3.1.      Guru  tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar kecuali  jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pelajaran / Pejabat Pelajaran Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pengetua / Penolong Kanan.

3.2.         Guru dikehendaki melengkapkan fail rekod keluar masuk.  Dapatkan tandatangan Pengetua / Penolong Kanan sebelum keluar.

3.3.         Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk murid melalui Guru Penolong Kanan.

 

 

 

4.             CUTI

4.1.         Cuti Rehat / Cuti Penggal

Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP(PP)0046.SJ/A/(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat.  Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar.

                                         

4.2.         Cuti Sakit

4.2.1.     Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun.

4.2.2.     Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran untuk menentukan pembayaran gaji.

4.2.3.     Surat Cuti Sakit (MC) hendaklah diserahkan kepada Pengetua / Penolong Kanan untuk pengesahan dan seterusnya diserahkan ke pejabat.

4.3.         Cuti Tanpa Gaji

4.3.1.     Mengikut Perintah Am Bab C, Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab-sebab persendirian yang mustahak.

4.3.2.     Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua cuti rehatnya.

4.3.3.     Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.

4.3.4.     Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.

4.3.5.     Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri.  Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.  Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.

4.4.         Cuti Rehat Khas

4.4.1.     Cuti Rehat Khas ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.

4.4.2.     Cuti ini boleh dilluluskan oleh Pengetua hanya atas sebab-sebab kecemasan dan upacara agama bagi tempoh tujuh hari dalam setahun. *(Permohonan hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum bercuti, kecuali berlaku kecemasan) *

4.5.         Cuti Keluar Negara

4.5.1.     Semua guru yang hendak bercuti ke luar negara mesti mendapat kelulusan daripada Jabatan Pelajaran Negeri.  Sila isi borang permohonan yang ada di pejabat selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.

5.             PAKAIAN

5.1.         Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur.

5.2.         Pakaian berbentuk seluar, baju tanpa lengan dan Jubah tidak dibenarkan bagi guru perempuan.

5.3.         Guru perempuan hendaklah memakai kasut yang bertumit bukan sendal atau selipar

5.4.         Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai.

5.5.         Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.

5.5.1.     Guru perempuan – seluar trek / panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau getah tanpa tumit.

5.6.         Guru hendaklah berpakaian unit uniform yanh lengkap pada hari rabu sebagai hari kokurikulum

5.7.         Semua guru dminta berpakaian batik pada setiap hari khamis

5.8.         Guru Lelaki boleh memakai baju melayu yang lengkap beserta songkok pada hari jumaat

 

 

6.             PERHUBUNGAN SESAMA GURU

6.1.         Guru harus memupuk hubungan peribadi dan profesion yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. 

6.2.         Guru juga diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan .

6.3.         Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman / pendapat / kepercayaan kepada guru ataupun murid atau staf sokongan sekolah yang lain.

6.4.         Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosio ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.

 

 

7.             BILIK GURU

7.1.         Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru.  Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru.

7.2.         Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas.  Masa ini hendaklah dianggap sebagai ‘non-teaching period’ dan bukannya ‘free period’.  Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.

7.3.         Guru tidak digalakkan membenarkan murid berada di bilik guru.

7.4.         Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman orang lain.

7.5.         Sesiapa yang terakhir meninggalkan bilik guru hendaklah memastikan semua lampu, air-cond dipadamkan dan semua pintu dikunci.

 

 

 

8.             PERJAWATAN DAN PENGAJARAN

8.1.         Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Ketua Pembantu Tadbir atau Pengetua.

8.2.         Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan  Ketua Panitia, Guru Kanan Mata Pelajaran, Penolong Kanan atau Pengetua.

 

 

9.             TUGAS

9.1.         Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan  kokurikulum.  Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.

9.2.         Sekiranya guru dikehendaki menghadiri mesyuarat, di Jabatan atau PPD atau sekolah lain hendaklah dipatuhi. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan pengetua

9.3.         Semua guru yang menghadiri aktiviti seperti mesyuarat, ceramah, bengkel yang dikelola oleh pihak luar hendaklah menyedia  MINIT CURAI  dan diserahkan kepada Pengetua / Penolong Kanan / Penolong Kanan HEM / Penolong Kanan Kokurikulum.

 

 

10.          BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR

10.1.       Setiap guru akan diberi sebuah Buku Persediaan Mengajar dan bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut.  Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap.  Buku ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari Jumaat untuk disemak dan ditandatangani oleh Pengetua / Penolong Kanan / GKMP.

10.2.       Jika seseorang guru bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan.

10.3.       Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan.

 

 

11.          JADUAL WAKTU

11.1.       Guru tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri.

11.2.       Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.

11.3.       Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan.

 

 

12.          PELAWAT

12.1.       Sekiranya anda melihat / berjumpa seseorang yang tidak dikenali, sila tanya siapa dan hulurkan bantuan. Arahkan / iringi mereka ke pejabat.

12.2.       Semua pelawat wajib melaporkan diri di pejabat. Pastikan pelawat sudahpun mengisi nama di pondok pengawal keselamatan.

12.3.       Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua / Penolong Kanan  terlebih dahulu.  Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Pengetua atau wakilnya.

 

13.          KEGIATAN KOKURIKULUM

13.1.       Semua guru adalah penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

13.2.       Semua guru wajib hadir semasa kegiatan kokurikulum .

 

 

14.          PEMBELIAN BARANG

14.1       Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan  menggunakan Nota Minta yang boleh diperoleh di pejabat.

14.2       Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia / Guru Kanan Mata Pelajaran / Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua.

14.3       Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan.

14.4       Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas serta diserahkan ke pejabat (invois) untuk urusan pembayaran.

 

 

15.          PERHIMPUNAN

15.1.       Perhimpunan rasmi pada setiap hari isnin  diadakan pada minggu pertama dan minggu ketiga  setiap bulan.    

15.2.       Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan pagi ditapak perhimpunan setiap pagi.

15.3.       Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang.

15.4.       Guru akan bersama-sama murid menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah.

 

 

16.          MESYUARAT GURU

16.1.       Pengetua akan memanggil guru bermesyuarat dari masa kesemasa. Kedatangan semua guru ke mesyuarat ini adalah diwajibkan.

16.2.       Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Penolong Kanan / GKMP / Ketua Panitia.

16.3.       Pakaian semasa menghadiri mesyuarat adalah pakaian waktu bekerja.

 

 

17.          BUKU STOK / INVENTORI

17.1.       Guru Kanan Mata Pelajaran atau Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini.  Buku ini akan disemak dari masa ke semasa oleh Pengetua / Penolong Kanan.

 

 

18.          TANDA NAMA

18.1      Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah / di luar sekolah.

 

 

19.          TELEFON

19.1.       Penggunaan telefon pejabat hanyalah untuk urusan rasmi sahaja dan hendaklah dicatatkan ke dalam buku penggunaan telefon yang disediakan.  Guru hendaklah menggunakan telefon awam / kepunyaan sendiri jika atas urusan peribadi.

 

 

20.          KUNCI

20.1.       Semua kunci mesti disimpan di pejabat.

20.2.       Guru yang bertanggungjawab terhadap bilik-bilik khas sahaja dibenarkan menyimpan kunci  bilik tersebut atas kebenaran Pengetua.

 

 

21.          ACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH

21.1        Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah dan juga kursus dalaman.

21.2        Guru yang tidak hadir , perlu mengemukakan surat pemberitahuan ketidakhadiran kepada pengetua. Satu salinan akan disimpan dalam fail peribadi guru berkenaan.

 

 

22            PENGGUNAAN ALAT-ALAT.

22.1.     Penggunaan alat-alat hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan.

22.2      Mesti mendapat kebenaran daripada penjaga stor dan direkodkan.

22.3      Hendaklah digunakan dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera

            serta berkeadaan baik.

            22.4     Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta dan menggantikannya