Dasar Pengurusan Kelas

DASAR PENGURUSAN KELAS

 

1. PENYELARAS TINGKATAN

Penyelaras Tingkatan adalah dianggap sebagai wakil, penyelaras dan penasihat guru-guru kelas di tingkatan tertentu. Segala perkara yang berkaitan dengan tingkatan secara keseluruhan adalah diuruskan oleh Penyelaras Tingkatan dengan bantuan guru-guru kelas.

 

1.1 Hubungan dengan guru kelas

1.1.1 Mengadakan hubungan yang erat dengan guru-guru kelas.

1.1.2 Mesyuarat bulanan hendaklah diadakan supaya segala perkara yang berkaitan dengan tingkatan dapat dibincang dan diselesaikan.

 

1.2 Penyelarasan perkara-perkara yang secara keseluruhan berkaitan dengan tingkatan serta memastikan guru-guru kelas melaksanakan perkara-perkara berikut dengan sempurna :

1.2.1 Pentadbiran dan pendaftaran

1.2.2 Kewangan dan perkeranian

1.2.3 Penyeliaan kelas

1.2.4 Pengurusan peperiksaan dan laporan adab belajar

1.2.5 Memastikan semua guru ‘key in ‘ kehadiran murid dam SPS setiap pagi sebelum jam 9.00 pagi

 

1.3 Tugas-tugas lain

1.3.1 Pendaftaran murid baru ke dalam buku Pendaftaran Masuk Sekolah

1.3.2 Menyemak Jadual Kedatangan Murid pada tiap-tiap bulan setelah ditutup oleh Guru Kelas

1.3.3 Menyelaras dan merancang program kecemerlangan dengan kerjasama JK Kecemerlangan

1.3.4 Merancang aktiviti selepas selesai Peperiksaan Akhir Tahun.

 

 

2. GURU KELAS

 

2.1 Pendaftaran :

 

2.1.1 Mendaftar murid dalam Jadual Kedatangan Murid.

2.1.2 Menanda Jadual Kedatangan Harian Murid, e-kehadiran SPS dan memulangkan ke pejabat sebelum jam 8.30 pagi setiap hari bersekolah.

2.1.3 Menutup Jadual Kadatangan Murid pada akhir bulan setiap bulan.

2.1.4 Melengkapkan Buku Pendaftaran Sekolah dan data SMM / APDM

2.1.5 Menghubungi ibu bapa/penjaga murid (melalui PK HEM) sekiranya murid tidak hadir tiga hari berturut-turut tanpa sebab.

(sila rujuk buku jadual kedatangan murid)

 

 

2.2 Kewangan dan Perkeranian :

 

2.2.1 Mengutip bayaran sekolah dan asrama dan menyerahkan kepada Ketua Pembantu Tadbir / Kerani Kewangan dengan segera.

2.2.2 Mengutip bayaran PIBG dan bayaran Koperasi.

2.2.3 Menyimpan rekod kutipan bayaran serta mengeluarkan resit.

2.2.4 Merekod maklumat mengenai pemegang biasiswa, bantuan kewangan dan lain-lain.

2.2.5 Mengurus dan menyimpan kad 001 serta rekod buku SPBT. dan memastikan murid mematuhi peraturan berkaitan SPBT.

(Perkara 2.2.1, 2.2.2 dan 2.2.3 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa)

 

 

3. PENYELIAAN KELAS

 

3.1 Bertanggungjawab pada setiap masa terhadap kelasnya dari segi :-

3.1.1 Disiplin Murid

3.1.2 Pakaian Murid

3.1.3 Kebersihan dan keceriaan kelas

3.1.4 Pelantikan AJK Kelas

 

3.2 Menentukan perkara-perkara berikut terdapat pada Papan Kenyataan Kelas :

3.2.1 Jadual Waktu Kelas,

3.2.2 Organisasi Kelas,

3.2.3 Jadual Bertugas,

3.2.4 Falsafah Pendidikan Kebangsaan,

3.2.5 Visi dan Misi Sekolah.

3.2.6 Maklumat Ilmiah di papan kenyataan belakang

 

3.3 Menanam semangat kepimpinan, perpaduan, kekitaan dan akhlak yang baik kepada murid-murid.

 

3.4 Menjaga dan mengawasi fizikal kelas dan perabot serta melapor kerosakan kepada pihak pentadbiran.

 

 

4. PENGURUSAN PEPERIKSAAN

 

4.1 Melengkapkan Keputusan Peperiksaan dan Laporan Adab Belajar.

4.2 Memastikan Keputusan Peperiksaan dan  Laporan Adab Belajar dihantar kepada ibu bapa.

 

 

5. NILAM DAN DATA MURID

 

5.1 Membantu Guru Media menjayakan program dengan key in markah dalam i - Nilam.setiap bulan

5.2 Membantu memasukkan Data Rumusan Kokurikulum.

5.3 Memantau Buku Segak, Kesihatan dan Pafa