Piagam

Kami warga Sekolah Menengah Sains Perempuan Seremban, dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji untuk merealisasikan Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan Berkualiti dengan:-

 

o    Melaksanakan pengurusan pendidikan berkualiti yang cekap dan berkesan;

o    Memaksimumkan penggunaan ICT dalam P d P dan pentadbiran;

o    Menyediakan kemudahan pembelajaran yang lengkap dan kondusif;

o    Menyediakan peluang dan kemudahan aktiviti kokurikulum untuk semua murid;

o    Menyediakan prasarana asrama yang selesa dan kondusif;

o    Setiap guru dan kakitangan akan mendapat latihan peningkatan profesionalisme sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun;

o    Setiap aduan guru, ibu bapa dan waris serta murid-murid akan diambil tindakan dalam tempoh 7 hari;

o    Memastikan sistem penyampaian maklumat secara telus dan berkesan;

o    Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra dan berbudi bahasa daripada warga sekolah;

o    Pengurusan kewangan yang cekap, berkesan dan mematuhi peraturan  yang sedang berkuatkuasa;

o    Melaksanakan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan mengambil tindakan segera selewat-lewatnya 3 hari dari tarikh menerima arahan.

 

Kami warga Sekolah Menengah Sains Perempuan, bersedia dan akan menimbangkan apa jua yang dikemukakan kepada  kami berkaitan dengan pelaksanaan piagam pelanggan ini.