Previous Next

Sekolah Menengah Sains Perempuan Seremban atau juga dikenali sebagai ’Science Girls School’ (SGS) mula memperoleh kelulusan untuk beroperasi pada 3 Ogos 2013 dengan menerima seorang Penyelaras (care taker) berkuatkuasa 21 Ogos 2013. Diikuti pada 16 September 2013, seorang Pembantu Tadbir dan seorang

Pemandu melapor diri. Sehingga 31 November 2013, SGS telah menerima PK HEM, 3 orang guru kanan mata pelajaran (GKMP Bahasa, GKMP Kemanusiaan dan GKMP Sains & Matematik) dan seorang Ketua Pembantu Tadbir. Pada 1 Disember 2013 pula, SGS telah menerima bekalan guru seramai 12 orang yang diambil daripada Sekolah Berasrama Penuh lain, yang memohon berpindah daripada sekolah lama mereka. Manakala tanggal 6 Januari 2014, titik bersejarah apabila Pn. Hjh. Azizah bt Musa telah melaporkan diri sebagai Pengetua Sekolah Menengah Sains Perempuan yang pertama.

Pengoperasian SGS adalah dengan mengambil alih tapak bangunan Kolej Tunku Kurshiah  (kerana TKC telah memperoleh bangunan baru  di Bandar Enstek),  dengan keluasan  tanah 22 ekar di Bukit Merbah, Jalan Tunku Kurshiah.  SGS pada peringkat awal, telah mengguna pakai 4 blok asrama (daripada 7 blok yang sedia ada), blok pentadbiran, blok akademik, surau, dewan besar, dewan makan dan 2 blok bangunan baru beserta padang dan gelanggang.

SGS telah menerima puteri sulong pada 25 Februari 2014. Sehingga 31hb Disember 2014 bilangan pelajar yang telah mendaftar dan kekal di SGS ialah seramai 177 orang. Mereka telah ditempatkan di 7 buah kelas aliran Sains Tulen. Untuk tahun 2015, SGS dijangka menerima 300 orang pelajar baru Ting 4 yang akan ditempatkan di 6 buah kelas aliran Sains Tulen dan 4 buah kelas aliran Sains Sosial. SGS adalah satu-satunya SBP yang menawarkan aliran Sains Sosial kepada pelajar-pelajarnya

Free Joomla! template by L.THEME